Berpandukan Al-Quran &
As-Sunnah
Kitab-kitab warisan ulama
salafus soleh
Bersama para guru dari dalam dan luar negara
Ruang khas untuk muslimat
menimba ilmu & tarbiah
Majlis ilmu di masjid & platform digital
• Dakwah Para Guru
• Daurah & Kursus Intensif
• Open House Raya Aidilitri
Majlis Subulus Salaam (MSS) ditubuhkan pada tahun 2021, pada asalnya dikenali sebagai Majlis Ilmu Online. Penganjuran awalnya bermula dengan satu sesi mingguan khusus untuk muslimat, dijalankan secara dalam talian atas permintaan ahli keluarga Pengerusi ketika beliau masih menuntut ilmu di Tarim, Yaman. Alhamdulillah, majlis ini terus berlangsung secara konsisten sehingga ke hari ini.
Nama Subulus Salaam telah diberikan oleh Al-Habib Kazim Assaggaf sebagai identiti rasmi pertubuhan ini.
Pada tahun 2023, MSS turut mengorak langkah dengan menganjurkan majlis secara fizikal selepas Pengerusi pulang ke tanah air. Seiring dengan keperluan semasa, MSS kini menganjurkan pelbagai program mingguan — secara fizikal dan dalam talian — serta majlis bulanan yang dijalankan secara berterusan.
Program-program MSS turut diperkukuhkan dengan penglibatan para asatizah dari pelbagai negeri di Malaysia yang mengajar kitab-kitab turath sehingga khatam. Selain itu, MSS juga memperluaskan jaringan dakwah melalui penganjuran program bersama para ulama lelaki dan wanita dari dalam dan luar negara , termasuk Indonesia, Arab Saudi dan Yaman.
Semoga segala usaha ini terus diberkati Allah ﷻ dan menjadi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh masyarakat.